Meriahnya Sambutan Rumah Terbuka Guru SMK Lajau Gelombang ke-2.

Khamis, 12 Julai 2018- Sesungguhnya sambutan Hari Raya Aidil Fitri masih lagi dirasa oleh semua terutamanya kakitangan SMK Lajau. Pada hari ini, semua guru mengadakan rumah terbuka di bilik guru 1 SMK Lajau. Pelbagai makanan dan minuman sedap yang telah dihidangkan kepada semua kakitangan sekolah. Makanan disediakan secara potluck menyebabkan terdapat pelbagai hidangan berbeza-beza.

Sambutan hari raya ini sangat bermakna buat semua kerana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara rakan sekerja disamping dapat merasa pelbagai makanan yang sangat enak lagi sedap. Guru-guru dapat berkumpul bersama berkongsi cerita dan jenaka selain memeriahkan suasana dengan menyanyikan lagu-lagu raya. 

Walaupun guru-guru menyambut rumah terbuka, tugasan dan tanggungjawab mereka mengajar murid tidak pernah diabaikan. Ini membuktikan, guru masih boleh membahagikan masa  menjalankan kerja dengan baik dan menggunakan masa lapang untuk bersosial bersama rakan sekerja yang lain. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *