Sumbangan benih Bayam dan Kangkung oleh Pejabat Peladang Wilayah Persekutuan Labuan.

Khamis, 12 Julai 2018- Wakil dari jabatan Pertanian Pejabat Peladang Wilayah Persekutuan Labuan telah datang ke SMK Lajau dan memberi sumbangan dalam bentuk benih Bayam dan Kangkung. Kehadiran mereka disambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Lajau, Nor Ain Mohamed dan benih tersebut diserahkan kepada Cikgu Nor Ain Mohamed daripada salah seorang pegawai jabatan Peladang seperti yang ada dalam gambar di atas. SMK Lajau bersama 6 sekolah lain di pulau Labuan ini telah terpilih dalam projek menanam sayur bayam dan kangkung. 

Usaha ini akan dilakukan dengan kerja sama kelab Kemahiran Hidup. Kelab Kemahiran Hidup mendapat amanah memberikan kursus bagi semua ahlinya. Ini bertujuan untuk memastikan projek menanam benih bayam dan kangkung ini berjalan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *