Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM PAI- SMS Labuan

15 Julai 2018, Sabtu – SMK Lajau mendapat jemputan menghadiri ceramah Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM PAI yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Labuan pada hari Sabtu yang lepas. Namun demikian jemputan ini dihadkan hanya kepada dua perserta sahaja dari SMK Lajau.

Wakil murid SMK Lajau yang bertuah mendapat pendedahan teknik menjawab tersebut ialah Mohamad Alfikal Azizi Bin Azizul dan Mohd Shahbudden Bin Kamis daripada kelas 5 Amanah. Mereka diiringi oleh dua orang guru mata pelajaran PAI iaitu, Ustazah Rusilawati Binti Ramli dan Ustaz Zahari Bin Awang.

Diharapkan guru mata pelajaran yang hadir bersama dapat berkongsi ilmu dengan calon-calon SPM PAI SMK Lajau yang lain agar mereka juga dapat maklumat serba sedikit tentang Teknik Menjawab Soalan SPM PAI yang terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *