Program Menuju Puncak Mencapai Bintang ( Program Kecemerlangan PT3 2018)- Slot Motivasi

Pn. Suriati Binti Siamsudin menabur bakti kepada murid PT3 SMK Rancha-Rancha dalam usaha meningkatkan motivasi menghadapi peperiksaan PT3 tidak lama lagi sebagai penceramah Motivasi melalui Program Menuju Puncak Mencapai Bintang, 13 Julai 2018, Jumaat yang lepas bemula jam 8.00 am hingga 9.30 am.

Bantuan 5 orang murid daripada kelab PRS sekolah  Syazwan Sabli(4A), Nur Afiqah(2A), Nur Qasrina(4C), Daniel Zalryan (1A) dan Nurizzati(1A) sebagai fasilitator melicinkan lagi perjalanan program tersebut. Penglibatan mereka merupakan suatu pendedahan terhadap cara meningkatkan motivasi semasa belajar. Semoga murid-murid ini mendapat manfaat sepanjang program tersebut.

Berikut adalah pengenalan ringkas tentang pengisian Program Menuju Puncak Mencapai Bintang.

Program dimulakan dengan pengisian motivasi yang ringkas daripada kaunselor SMK Lajau, disususli oleh nyanyia lagu “Yakin Boleh” oleh PRS. Selepas itu, PRS membantu kaunselor menjalankan aktiviti “Kenali Dirimu” diikuti aktiviti “Warkah Kejayaan Buatmu Ayah Bondaku.

Walaupun program ini mengambil masa yang singkat sahaja iaitu selama 1 jam 30 minit, diharapkan ia akan memberikan impak yang besar terhadap sasaran program tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *