Usaha Tangga Kejayaan : Menjalankan kelas tambahan demi meningkatkan prestasi murid

14 Julai 2018, Sabtu – Demi meningkatkan kemenjadian murid dan kecemerlangan prestasi anak murid, Cikgu Jalina mengisi masa lapangnya pada hujung minggu untuk mengajar dan berkongsi ilmu bagi mata pelajaran PSV untuk calon SPM SMK Lajau.

Usaha murni guru ini amat mengagumkan apabila sanggup mengambil masa mengajar anak didiknya bermula jam 8 pagi sehingga jam 2 petang. Semoga semua murid yang hadir dapat belajar dengan tenang dan berupaya mengingati segala maklumat yang disampaikan pada hari tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *