21 September 2018: PROGRAM JALINAN MESRA & SOLAT HAJAT SEMPENA PT3 & SPM TAHUN 2018

Program jalinan mesra & solat hajat sempena PT3 & SPM tahun 2018 ini di jalankan pada hari Jumaat 5.30 petang sehingga 9.00 malam, 21 September 2018. Program ini adalah sebahagian daripada usaha pihak sekolah dalam membantu calon-calon PT3 dan SPM untuk mendapatkan keberkatan dan ketenangan semasa menjawab peperiksaan PT3 dan SPM tidak lama lagi.

Program Jalinan Mesra dan Majlis Solat Hajat adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lajau. Ia merupakan aktiviti rasmi yang dianjurkan setiap akhir tahun sebelum pelajar-pelajar menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha terkahir untuk mencapai hasrat kejayaan pelajar di dalam peperiksaan yang diduduki.

Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berakhlak dengan akhlak al-Quran, selain memupuk minat pelajar supaya sentiasa berdoa kepada Allah. Diharapkan melalui program ini dapat melahirkan pelajar yang berusaha, berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Sasaran program ini adalah untuk semua ibubapa & Calon PT3 & SPM (Islam dan bukan Islam), serta PIBG.

Berikut adalah tentatif Program Jalinan Kasih dan Majlis Solat Hajat SMK Lajau 2018.

Hadir bersama pada program tersebut adalah PIBG SMK Lajau. Terima kasih diucapkan kepada tuan PIBG sekolah yang prihatin dengan aktiviti sekolah.

Ibubapa turut serta menghadiri Program Solah Hajat.

Guru-guru yang turut hadir semasa Program Jalinan Kasih dan Majlis Solat Hajat SMK Lajau 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *