28 September 2018 : Program Majlis Izin Ilmu Calon PT3 SMK Lajau 2018

Program majlis izin ilmu calon PT3 2018 ini dijalankan pada 28 September 2018, hari Jumaat pada jam 10.00 am hingga 11.20 am.

Program ini khas untuk semua calon PT3 SMK Lajau seramai 84 orang murid bertujuan untuk memberi ruang kepada guru dan calon PT3 untuk merestui ilmu yang telah diberikan oleh guru kepada murid.

Selain itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi dalam mendorong kejayaan pelajar dalam PT3. Disamping itu, guru-guru mata pelajaran juga berpeluang memberikan tips belajar, nasihat dan peringatan di saat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan PT3.

Sebagai tanda prihatin dan sayang kepada semua calon PT3, pihak sekolah memberikan penghargaan dari sudut kelengkapan alat tulis agar mereka tidak mempunyai masalah kekurangan kelengkapa menulis semasa peperiksaan PT3 berlangsung.

Pengisian program adalah seperti yang ditunjukkan dibawah.
-Ucapan dari wakil guru yang mengajar( BM, BI, Sains, Matematik, PAI, KH)
-Ucapan dari pihak pentadbir
-Ucapan daripada Tuan Pengetua
-Pemberian alat tulis
-Bersalaman
-Bersurai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *