25 September 2018: Rezeki sekolah mendapat beberapa jenis bibit dan benih sayur serta pasu sumbangan Peladang dan Jabatan Pertanian WPL

Pihak SMK Lajau mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan Peladang dan Jabatan Pertanian dalam bentuk bibit sayur dan pasu. Usaha gigih Jabatan Peladang dan Jabatan Pertanian dalam menggalakkan masyarakat bercucuk tanam terutamanya yang melibatkan murid dan warga SMK Lajau amatlah dihargai oleh pihak sekolah.

Gambar di atas menunjukkan Pengetua SMK Lajau, Mohd Jamatin Abd Latip menerima bibit sayur terung dan lada daripada Pegawai Peladang Jabatan Pertanian.

Berikut merupakan sebahagian daripada sumbangan pasu dan bibit sayur daripada Peladang dan Jabatan Pertanian yang sudah diisi dengan tanah dan siap sedia untuk ditanam dengan sayur.
Sebahagian daripada sayur dalam pasu tersebut telah disemai oleh guru-guru dan pelajar.

Gambar di atas menunjukkan Tn pengetua bersama salah seorang kakitangan sekolah yang sedang menanam bibit sayur dalam pasu mereka. Semoga mereka mendapat berkat hasil tanaman yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *