PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Lajau dengan penuh tekad dan itizam berikrar dan berjanji akan memupuk seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

MURID

  • Memastikan amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat sistematik, inovatif dan demokratik
  • Memastikan peningkatan kecemerlangan pencapaian dalam bidang kurikulum dan kokurikulum supaya menjadikan sekolah ini antara yang terbaik di W.P Labuan
  • Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek(JERIS)
  • Mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif, sihat, bersih, selamat, ceria dan penyayang
  • Memastikan semua calon yang layak didaftarkan untuk menduduki peperiksaan awam
  • Memastikan pelajar istimewa dapat meningkatkan kemahiran pengurusan diri dan boleh berinteraksi dengan masyarakat sekeliling

IBUBAPA DAN KOMUNITI

  • Memberi perkhidmatan dan layanan mesra kepada semua pelanggan
  • Slip peperiksaan murid diedarkan dalam tempoh satu bulan selepas peperiksaan
  • Menguruskan dokumen penempatan dan pertukaran murid yang memenuhi syarat dalam tempoh 3 hari bekerja
  • Mengambil tindakan atas aduan pelanggan dalam masa selewat-lewatnya 3 hari bekerja dati tarikh aduan dibuat
  • Kerjasama yang erat diberikan kepada semua aktiviti kemasyarakatan

STAKEHOLDERS

  • Memberi maklum balas kepada semua surat arahan dariapada stake holders selewat-lewatnya TIGA hari bekerja selepas surat diterima
  • Melaksanakan program dan aktiviti sekolah yang dipertanggungjawabkan serta¬† menepati piawai dan norma

Kami sentiasa bersedia menerima saranan,pandangan,syor dan teguran yang membina demi mempertimbangkan prestasi dan kualiti perkhidmatan organisasi kami.