SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah Sekolah

 
AWAL PEMBUKAAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau atau dikenali sebagai SEMELA, terletak di Kampung Lajau, kira-kira 9 kilometer dari pusat bandar Labuan. Sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah yang asalnya merupakan tanah paya dengan keluasan 5.12 ekar. Sekolah ini dikelilingi oleh hutan-hutan kecil yang menjadikannya satu lokasi yang estetik bagi mereka yang menggemari kehijauan alam sekeliling di samping iklim dan suasana yang tenteram memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan.
Pada awal tahun 1997, sekolah ini telah mula beroperasi dengan proses kemasukan pelajar-pelajar ke tingkatan satu. Kumpulan pertama pelajar perintis SEMELA terdiri daripada 419 orang dengan pecahan kelas sebanyak 12 buah. Kebanyakan pelajar yang belajar di sekolah ini datang dari sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, selaras dengan penubuhannya, iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar setempat mengejar ilmu pengetahuan.
Pada 1 Disember 2001, SMK Lajau telah dinaiktaraf dari sebuah sekolah Gred B ke sekolah Gred A dengan pengambilan pelajar tingkatan enam dengan seramai 50 orang murid dari sekitar Pulau Mutiara Laut China Selatan. Pada tahun 2003 selaras dengan perkembangan vokasional aliran MPV Rekaan dan Jahitan Pakaian diadakan. Aliran MPV ini menerima seramai 25 orang murid dengan guru pertamanya Pn. Winnie Hon Fui Ree. Dan Pada tahun 2009 SMK Lajau mencipta sejarah lagi dengan mengadakan Program Pendidikan Khas Intergrasi. Program ini menerima seramai 11 orang murid dari tingkatan 1 hingga 6 dengan seramai 6 orang guru.
 
LATAR BELAKANG SMK LAJAU
 
Asal-usul nama sekolah
Pada mulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau dibina untuk sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan Labuan 3. Oleh kerana sekolah-sekolah menengah yang sedia ada di Wilayah Persekutuan Labuan ini tidak dapat menampung permintaan kemasukan pelajar-pelajar ke tingkatan satu, Sekolah Kebangsaan Labuan 3 telah ditukarkan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan II.
Sebab nama itu dipilih
Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan II ditukarkan kepada SMK Lajau, mengambil nama bersempena dengan Kampung Lajau. Nama SMK Lajau digunakan sehingga hari ini.
Tarikh nama itu digunakan
Nama SMK Lajau telah mula digunakan pada 6 Januari 1997 lagi iaitu ketika pertama kalinya sekolah ini mula beroperasi.
 
GAMBAR PERSEKITARAN SMK LAJAU W.P LABUAN 
[supsystic-slider id=2 position=”center”]